Pembinaan <b>Hotel</b> Majestic Tower mendahului jadual BorneoPost <b>...</b> - Hotel in Sarawak Blog |
Pembinaan <b>Hotel</b> Majestic Tower mendahului jadual BorneoPost <b>...</b> Posted: 18 Sep 2014 09:17 AM PDT Oleh Jessica Jawing KUCHING: Projek pembinaan hotel baharu di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Majestic Tower kini mendahului jadual yang sepatutnya dan dijangka siap pada tahun depan. Hotel yang dibina bersebelahan dengan Hotel Riverside Majestic itu dibina dengan kos RM68 juta. Pengerusi SEDC Datuk Talib Zulpilip berkata, projek yang menunjukkan perkembangan baik itu kini pada peringkat mengeluarkan air bertakung dan menukar asas tapak oleh kontraktor yang bertanggungjawab. "Projek sekarang sudah berada pada peringkat awal (daripada dijadualkan) dan kami amat gembira dengan perkembangan ini. "Ia sepatutnya sudah ada (siap) pada tahun depan dan menjanjikan kadar yang berpatutan kepada tetamu hotel," katanya ketika ditemui pemberita selepas satu majlis di pejabatnya di sini, semalam. Tambah beliau, disebabkan kos pembinaan iaitu RM68 juta, hotel berkenaan akan menawarkan kadar harga yang berpatutan kepada tetamu hotel. Jelas beliau, bukan itu sahaja hotel itu turut menawarkan kadar yang berpatutan kerana tender terbuka yang diberikan sebelum ini mendapat sebut harga yang berpatutan. "Bagi kemudahan bilik, ia setanding dengan Riverside Majestic yang sedia ada dan disebabkan ia hotel berkembar maka standard biliknya pun sama. "Kami juga bercadang untuk berkongsi kemudahan dengan Riverside Majestic," katanya. Majestic Tower merupakan hotel empat bintang 18 tingkat dengan 263 bilik, merupakan sebahagian daripada projek baharu dan baik pulih dalam pembinaan serta direka bentuk mesra golongan kurang upaya. |
You are subscribed to email updates from Hotel in Sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment